Observations by a Malaysian studying in Australia
Malay Blog - Hal Ucapan
Di kolej saya, setiap hari Khamis, seluruh sekolah akan menghadiri (lebih tepat diubah kepada ‘diwajibkan menghadiri’) perhimpunan di dewan besar.
Seperti mana yang lazim di mana-mana majlis perhimpunan, baik Perhimpunan Agung UMNO mahupun Perhimpunan Antara Kawan, komponen yang paling penting, dan yang memakan paling banyak masa dalam perhimpunan kami, ialah ucapan. Dan, seperti mana yang sering terjadi di kebanyakan majlis perhimpunan, ucapan yang disampaikan sangat membosankan.
Setahu saya, dalam sejarah kita tidak banyak ucapan yang berupaya menggarap perasaan si pendengar seperti mana yang diharapkan si yang berucap. Adalah satu dua ucapan yang berjaya menangkap perhatian saya – ucapan Belanjawan Anwar Ibrahim, yang penuh dengan lawak jenaka dan perkataan Bahasa yang sebelum ini tak pernah saya ketahui; ucapan Dr Mahathir yang, walaupun nada dan rentak penyampaiannya tidak begitu menarik tetapi isi kandungannya amat berat dan bermakna sekali; dan beberapa lagi yang nama si yang berucap saya tak tahu.
Lazimnya, kebanyakan orang, malangnya, tidak dikurniakan bakat untuk berucap di depan orang ramai. Mereka hanya membaca ucapan yang ditulis (kadangkala ditulis oleh orang lain) dan tidak mendalami apa yang diucap. Kalau orang yang berucap itu sendiri tidak dapat mendalami ucapannya, macam mana pula kita yang terpaksa mendengarnya?
Ini ditambah pula dengan kegemaran (tendency) oleh orang yang berucap untuk bercakap dengan kepantasan seekor siput babi. Ini nampaknya satu musibah yang hanya dialami oleh rakyat
Kebosanan ini ditambah lagi dengan adat kita yang terlalu mementingkan status, amat padan dengan mentaliti elitis masyarakat
Kadangkala terasa seperti pembuka tirai itu lebih panjang daripada ucapan itu sendiri. Tidak boleh ke jikalau kita menggelar semua yang hadir sebagai Tuan Tuan dan Puan Puan? Adakah tetamu- tetamu yang berpangkat itu akan merasa terkilan dan kecil hati jikalau darjah kebesaran mereka tidak dihebohkan kepada seluruh khayalak yang hadir?
Saya rasa sudah tiba masanya kita melaksanakan anjakan paradigma (ini satu frasa yang amat dicintai guru Bahasa saya, walaupun saya sendiri tidak berapa berkenan menggunakannya) dan mengubah cara kita menyampaikan ucapan. Kalau tidak, saya akan sentiasa tertidur semasa sedang mendengar ucapan. Dan saya yakin saya tidak keseorangan dalam hal ini.
today
May 2005
April 2005
March 2005
February 2005
January 2005
December 2004
November 2004
October 2004
September 2004
August 2004
July 2004
June 2004
May 2004
April 2004
March 2004
February 2004
January 2004
December 2003
November 2003
October 2003
September 2003
August 2003
visited *loading* times